Papan Notis Utama

1. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke adukataruna2008@gmail.com butir-butir bayaran anda. Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.

Sunday, January 18, 2009

Lahanat Jebat!

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Pemurah, dengan ini wa lancarkan karya sulong wa. Alhamdulillah. RM1 dalam setiap pembelian RM10 akan disumbangkan kepada Kelab TKO Global. Sebuah Kelab yang sangat aktif, konsisten dan istiqomah dalam mengerjakan kebajikan.
Lahanat Jebat!

Begitulah tajuk karya sulong wa. Sebuah imaginasi yang di luar kotak pencipta-pencipta teori epik keperwiraan Melayu ini, sebelum ini. Apakah sebab sebenarnya sengketa Tuah-Jebat? Sejauh manakah imaginasi pembaca dalam membaca konflik ini?

Sinopsis.

Adalah sesuatu yang memeranjatkan pencipta-pencipta teori sengketa antara Tuah dengan Jebat, apabila satu lagi teori dikemukakan dalam novel ini. Jebat adalah pengganas antarabangsa. Kesetiaan Tuah mempertahankan tanah air diperlekehkan segolongan besar generasi kini.

Berjayakah pembaca menetapkan falsafah dalam imaginasi konflik ini? Atau hanya menghasilkan helaian-helaian perdebatan yang berjela?

Berjayakah pembaca untuk tidak tertipu dalam percaturan plotnya? Lahanat Jebat! Bukan cerita seperti apa yang berada di dalam kepala anda. Anda mungkin tidak pernah terfikir akannya. Hampir pasti. Ianya akan menghantui pembaca.

Apakah Tuah-Jebat itu adalah mitos?

Sebeginikah cerita sebenar Tuah-Jebat?

Apakah ketetapan falsafah dalam hal ini? Aku berada sebelah yang mana?

Pembelian.

RM 1 dalam setiap pembelian akan didermakan kepada Kelab TKO Global. Bayar ke dalam akaun Maybank, no 155014038030. Kemudian, emailkan butir-butir pembayaran ke adukataruna2008@gmail.com. Setelah disemak, wa akan reply terus bersama e-book dalam format pdf itu, beserta passwordnya, dalam masa 24 jam.

Insyaallah.